Monday, December 17, 2018

Kisah Sedih Ringkas Budak Medik (KSRBM) by #zirat

kisah benar. kahkah







medical students out there can you relate???



#Zirat #NaikkanMartabatOrangLidi



Tabiat Orang Kita (TOK) by #zirat

haiii!!!


jom #NaikkanMartabatOrangLidi 



#zirat #NaikkanMartabatOrangLidi

Bila Nak Jadi Macam Dia (BNJMD) by #zirat

haiii!!!



dengan eksaitednya aku nak bagitau aku bukan sahaja penulis, aku juga pelukis kahkah




bajet giler



you can call me #zirat , dengan slogan #NaikkanMartabatOrangLidi


ni yang first. BNJMD, maaf sebab beso tulisan. First time weh mana aku tau celah mana nak ngejas. 




blur sket yang first. tunggu jap aku upload yang kedua!! TOK!


#zirat #NaikkanMartabatOrangLidi



Thursday, July 5, 2018

medik year 6 fpsk usim

salam, aku tak bertanggungjawab eh kalau zaman aku tak sama dengan zaman engkorang

dan aku bitau awal-awal aku ni ordinary student je sape rase die excellent blah takyah baca. aku jugak tak jamin benda ni membantu SEMUA ORANG




untuk year 4 and year 5 dah ada carik sendiri.


year 6 ni best tapi tak best tapi best tapi tak best

best sebab ade posting ED, anaest,

best sebab selangkah je nak jadi duktur

tak best sebab nak pro
tak best sebab masa pendek gilaaaaaa serabot nak study semua benda serentak



year 6 ni kau kena organize hidup kau bebetul. kurang bermain, kurang wayang, kurang garam kurang kalori


year 6 ni korang perlukan STUDY GROUP YANG EFFECTIVE! 



tadahhh ni members SG aku



sebenarnye bertige. tetapi kengkadang bertambah members.



UNTUK APA SG NIH?


1) untuk discuss topics. 

kitorang dari awal year 6 dah discuss. tp ko pahamlah bukan sume dapat cover

and style kitorang, tulis dan snap.

berguna lah jugak... camni






kenapa berguna? 1- otak manusia lain-lain. aku ni tak organize sangat. tp si Luq and Haziq kan lelaki. diorang macam tau nak buat nampak simple cemane.

2) kite bleh baca blek bende ni bile kite tak sempat dah nak study, atau bile kite tetibe rase nak study walaupun dalam bas, flight, ferry, etc

3) membantu ingatan jugak sebab kengkadang terngiang-ngiang suara member bercakap pasal ni,

4) walaupun sg ni takes time, satu topic dah lame, tapi thorough. anatomy pun kite bukak. physiology pun ade yang masih ingat. kalau kite study sensorang hmmmmmmmmmmm 


2) untuk short case

SG sangat penting untuk short case. setidak-tidaknya, geng korang tak berubah, dan korang senantiasa ada geng.

kalau men random je join sane join sini, payah weh. try ah baru tau

cam diorang ni lelaki, they need a cute girl like me as chaperon. kalau aku tak de dengan diorang, melepaslah diorang nak buat breast examination, obs etc. kalau diorang takde dnegan aku, melepaslah aku nak  examine hernia ke papelah.

3) sebagai semangat.

year 6 ni, semangat korang turun nek macam iman. 


ade mase stress angat angat, ade mase down angat angat,

tp sebab kau ade komitmen, kau kekal berdiri

eceh


lelagi spesis pemalas cam aku, kalau diorang ni tak rajin, aku tak rajin langsung.

kalau diorang tak semangat nak palpate obs, aku lagilah malas. tp sebab aku pikir they need me to palpate, aku pun gigihlah teman pegi wad obs, gitulah contohnye. dapat benefit ke aku jugak betul tak

ade satu exam tu, salah sorang dr member SG aku down. dia fail. opkos macam cubit peha kanan peha kiri menjerit weh. Kitorang terase kot. tp situlah gunanya member. bagi semangat kat dia. di saat orang len tak tau pun dia fail posting tu, kite as SG members ni, yg tau ni lah yang bagi kata-kata semangat. tarik dia ke jalan yg benar. penting beb. kalau bleh nak semua berjaya.

sama jugak bab doa. otomatik kite akan doakan member SG kite. diorang pun mungkin doakan kite. doa ke member senyap2 bukan ke makbul?


4) insecure.

tahun 6 adalah tahun paling insecure.


kite insecure dengan orang, orang insecure dengan kite.

so bile ade SG, kurang rase insecure. at least aku ade SG. at least kitorang bincang by topics. at least aku ade geng bincang SG. at least bleh bincang past year. at least aku tak miss ape ape. at least aku tak syok sendiri.

ada pahaammmm

5) PROFESSIONAL.

yang penting kena sekepala. tak geng takpe. Aku haziq luqman bukan geng ape. nak kate kamceng gile pun tidak, PROFESSIONAL. siyes

kalau ade member buat taik, kau buang dia atau kau yang blah.

JANGAN BUANG MASA DENGAN TAIK


6) bincang past year.

SG diperlukan ye untuk discuss past year. yela nak buat sorang haromlah. 



tapi kalau hang spesis tak leh study together better avoid je. daripada hang menyusahkan orang. yang penting JATI DIRI HANG TU. kuat sendiri tau jangan cepat insecure. sebab ade je aku dengar spesis takde SG takleh bagi commitment tapi duk ulang je die insecure sebab die takde SG. mana bleh. KENA ADA JATI DIRI. BE YOURSELF


year 6 ni korang juga perlukan DUIT. hahahahahaahahah


untuk korang henjoyyyy every second yang korang bleh henjoyyyy'


contoh henjoyyyy yang guna duit


untuk makanan je jangan cakap la hahaha. bukan pe, stress kan? buatla pape tuk stay alive. haahahah


year 6 ni masa pack

paed masa aku 6 weeks je tak silap ke 8 weeks aku lupe, pastu exam.

so celah mana nak study nak clerk nak pindak2 spital nak buat case write up nak study subjek lain?

tulah pentingnya NOTA

nota yang buat masa year 4 and year 5 sangat berharga. baca benda tu je. sobs.


kau kena tabah tau tuk setiap exam.

janganlah give up. pikirlah sanggup ke nak repeat year? sanggup?

pikirlah nak jejak kaki ke pro. nak blah dr medical school


jangan give up. semangat kena kuat. final year dah 




eh aku takde idea. thought block. dahlah. bye. best of luck!








jap tak abes lagi, (tuk yg scroll sampai abes je)



MAN JADDA WAJADA. dari sekolah aku pegang ni.



aku budak average je. aku g wad cam biase, tp kadang dapat hasil kadang tak.

aku study cam biase, kadang melekat kadang tak sampai aku pun tekezut tengok buku aku berhighlight bile mase aku study sumpah aku tak ingat langsung


aku henjoy jugak walaupun exam dah dekat



yang penting usaha dan doa. jangan ingat effort kite dari year 4 tu sia-sia. orang len leh je ponteng wad, orang len bleh je tiru logbook

tengokla Allah balas balik ke tidak masa pro



kalau kau berusaha, Allah pasti tolong. kawan-kawan aku ade je ckp, ape yg die dapat masa pro is ape yg die buat mase year 4.

so sape kate Allah tak pandang effort kita?


ingat aku cakap ni. rasa impossible tu akan ada, rasa nak mati tu akan ada, rasa takut tu akan ada, rasa menyesal amek medik tu akan ada, rase nak give up tu akan ada, yang paling penting, STUDY LAST MINIT TU KONFEM ADA

tp tu setan.


jangan give up. time kasih kat adik msc buat ayat dont you dare to give up now mase wish kitorang pro. ayat tu masuk hati tau sebab Allah je tau betape give up nye aku hari2 terakhir (arghh mata masuk habuk)


tertekan tu ada. bukan gimmick ye ini betul betul tertekan


nak muntah, migrain, sakit perot, lapo, sume ade serentak


its how you handle it. kena kuat. saat akhir lagi kena kuat. setan tu power weh aku khatam conan bape kali sebab setan. aku khatam Memory love mase study week, aku khatam sijjin mase posting dah nak pro, aku khatam manga Piece 20 episodes masa study week. sambung plak tengok live action Piece sampai abes. 

Alquran aku tak khatam pulak. 

tengok la weh Memory Love hero die hensem nak mampos


tp bile aku fikir blek aku tak nyesal pun. Sebab tu cara aku rilek. kalau aku tak rilek, schizophreniform dah kot..


ikut korang le cemane pon. tp plan awal ah. adapt cepat! year 6 ni singkat! lelagi macam aku, last posting medical, temerloh dlu, pastu PD pastu Klang. Pastu exam. hokaloh laju gile mase berlalu SG pun dok dang sebab kat PD and Klang tak effective nak SG. Cume untungnye Klang tu bleh blek tengahari lah dengan alasan nak exam, so petang tu kuatkan diri g wad ampang.


plan awal. tau.



and last sekali, kalau ditakdirkan ade yang sangkut (which is memang ada. cannot 100% pass ye) , rilek. kau tak gagal. kau mengalami proses delayed kejayaan. ahh tayah ah ckp pasal gagal. yang penting usahaaaaaa. Doaaaaaaaa. usahaaaaaa doaaaaaaaaa tawakkal.



sorry kalau tak paham. aku tak reti menulis. 
sekian dr saya pelajar ordinary, bekas peminat Haqiem Rusli


Tuesday, July 3, 2018

dunia clinical

ada adik tu request suh aku tulis pasal clinical year.




hmmm die tak bersyukur ke aku yang kasi tak cukup kat post 
https://drzirathegreat.blogspot.com/2017/05/perubatan-usim-tahun-4-clinical-year.html


hahahahaah gurau je 



kepade juniors yang melepasi pre-clinical, tahniah. PENGGEMBARAAN KORANG DAH BERMULA!!!!!!! (penggembaraan ke pengembaraan? sorry dah 9 taun tak sekolah)

clinical best, banyak amek gambo, nampak macam takde masalah


aku pon tak tau nak cakap ape sebenarnye, hahahahah (eceh ko tengoklah 100 points aku bagi japgi)



1) clinical ni yang penting teamwork. bahasa nampak islamic sket ukhuwah. kohkoh. sebab tu batch aku banyak jenjalan. dalam group, banyakkan keluar makan together. supaya bonding ketat. tak ketat sangat takpela asalkan engkorang tak AWKWARD.

yess kuar jenjalan rapatkan ukhuwah group korang, tp jangan sampai tak blajo


ye aku paham. group ni kite tercampak. kite tak leh pilih member. Aku dengan pakwe aku terpisah pe. terpisah yang cross lagi hah takleh jumpe langsong. 

stress. Terpisah dengan housemate, roommate. bestfren, 

dapat sekumpulan dengan orang yang kite tak pernah bercakap. tak pernah tegur. silap silap dengan musuh. stress weh

tp kene ingat, kite dah beso. nak jadi budak terikat dengan member baik sampai bila? 

nak tak nak kena adapt and terima kawan segrup tu.

weh dapat tak point first ni? macam merapu je


2) clinical ni kau akan kenal perangai sebenar kawan kau. MOHON JANGAN TEKEZUT. 

barulah kau tau, siapa selfish, siapa baik, siapa ikhlas

tu je, no comment. selamat memerhati. 

 maka nasihatku, sabarlah. jangan tekezut. jangan ngumpat lelama. manusia bleh berubah. mase clinical ni lah kau dpt bestfriend baru. silap-silap kau tak pernah bercakap dengan dia pun sebelum ni hehehe

3) clinical ni, korang kena belajar SHARE. ada kes best, SHARE. contoh grup 1 pegi join kelas short case dengan Dr Rahman, balik tu, TYPE SEMULA. SHARE! Buat dari sekarang. buh hashtag.guna telegram jangan wasap. bapak ketinggalan sape guna wasap.

ada finding, SHARE. Bukan susah. Mesej jelah weh bed 12 wad 4a ada breech. wad 5b bed 17 ade crep. SHARE! budak-budak ni pergi tengok ke tak mampos dia.

same goes to procedure. Weh jap lagi dr nak buat PLEURAL TAP. 5 orang je bleh tengok sape cepat die dapat. SHARE!

12) PROCEDURE
clinical ni kene kejar procedure.

jangan tipu. 

buat! (eceh)

contoh medical, kene perform 5 venepuncture, contohhh, apelagi, buat 5 dah ah. dah penuh P tu kasilah kawan yang tak penuh lagi jangan jual ikan!

paling mencabar perform delivery. 10 ke berape tah. adoi. da lah lame nak tunggu. tunggu tunggu caesar plak aalahai. sape dah penuh tu kasi la member yang sadis ni. jangan tamak haloba.

19) clinical ni langit tak selalu cerah, tp ade je pelangi kengkadang.

kau semangat nak clerk, patient reject

kau semangat nak dengar rhonci, budak utar dah kumpul tepi bed patient

kahkah

kesian

esok kan ade

esok patient dah discharge

kahkah

alah biase la tu,

yang penting pergi wad jangan malas. MAN JADDA WAJADA. ko gi wad hari ni, mase pro tulah Allah tolong kau

jangan terpengaruh dengan geng pemalas. pergi lambat balik awal ok lagi (aku la ni)

yang ponteng tu jangan ikot.

trust me, Allah tengok,

memang nak jadi doktor kan? asal ponteng gi wad? eceh

duduklah wad. clerk. aku nyesal jugak clerk sehari satu je tu pun ikut orang.

tp bile masuk year 6, otomatik korang ok kot... kalau tak ok sile meninggal


sebab beselah memula payah nak clerk. masuk posting Internal Medicine, kena adapt dulu spital Ampang. First week je nak adapt. pastu dah adapt, pindah hosp temerloh plak. kene adapt lagi.

dah adapt exam pulak dah.

dah abes exam, kene adapt posting surgery plak

kat surgery, sebab beselah memula payah nak clerk. masuk posting surgery,adapt dulu spital Ampang. First week je nak adapt. pastu dah adapt, pindah hosp temerloh plak. kene adapt lagi.

dah adapt exam pulak dah

pastu tuka posting obstetric plak,

kat obs,  sebab beselah memula payah nak clerk. masuk posting obs, adapt dulu spital Ampang. First week je nak adapt. pastu dah adapt, pindah hosp temerloh plak. kene adapt lagi.

dah adapt exam pulak dah

pastu CH plak, ha CH henjoyy.

ch memang enjoy wey sape tak enjoy sedekahkan alfatihah kepada dia

masuk year 5, ulang blek ayat ni, tuka posting apa je tau 

 sebab beselah memula payah nak clerk. masuk posting _____ adapt dulu spital Ampang. First week je nak adapt. pastu dah adapt, pindah hosp temerloh plak. kene adapt lagi.

dah adapt exam pulak dah

eh paham tak ni.

tp bile masuk year 6, inshaAllah dah pandai dah tak bengap sangat. laju sket adapt lagipun mase dah takde. clerk pun dah bleh laju sket, hahahaha

24) SHORT CASE PREKTIS AH SKANG

kitorang ni tah le. aku je kot camni. clerk je, PE tak buat full. Dr bebel pun aku tak buat. 

penting weh. dah year 6 baru aku amalkan .

kau kena jelas matlamat kau. kau nak clerk full + PE, or clerk + PE

clerk full plus PE bagus gile macam exam. buatlah dalam masa sejam. bagus bagus.

Clerk sket je as rapport, or clerk HOPI, then PE. sebab nak tau finding, nak dengo rhonci tu cemane. stony dullness tu ape. 

sentiasa prektis PE. paham? buat full if possible. if possible! and timing teros 10 minit mesti dah siap. and present kat member terus. this is Encik Mahmud, a 65 year old Malay man, sitting comfortably on his bed with proped up 45 degree, not in resp distress, connected to branula on left dorsum blablablablablablablablanalbalnalaa  present jer! tak dose

aku cakap sebab aku MENYESAL. nak exam baru aku buat camni. yelah budak bodoh budak biase.


29) isi logbook tuh dari awal. 

ni onglaki suke buat last minit. pastu kelam kabut nak tiru.

WEH kalau orang mintak logbook korang nak tiru jangan bagi tanpa EXCHANGE

hahaha

senang cite buatlah macam Azira. Azira clerk, dia tulis teros. Azira buat venepuncture, die kelam kabut carik RN patient, sebab die nak tulis teros. JADILAH SEPERTI AZIRA

Dia masuk OT, dia tengok procedure kat ED, orang lain rilek je tak pikir nak carik RN patient, AZIRA gelabah duk pikir mana nama dia mana diagnosis dia. 

bersusah-susah dahulu berenang berenang ketepian. ok? kahkah


35) duit

duit ni banyak sangat pakai ye clinical

tu je no comment


36) korang kene organize sket. sape present case, sape present short case

supaya tak berperang


lantik ketua yang sume leh dengo cakap, dan ketue yang TEGAS. TEGAS dengan jadual.

grup 1 gi wad. grup 2 g clinic. jangan masuk jadual orang. ketua kena TEGAS!



caye tak, kalau korang tak organize bebetol, huru-hara.


kalau korang tak plan dari awal, sape start present LC dulu, di hari kejadian, berperanglah sume orang tak nak. buat turn awal-awal.

cam group aku nama pertama present LC, nama last present SC, tp selalu orang nama tengah-tengah malang, sebab time die dedue LC SC die kene present. AZIRA lah yang selalu malang tu

46) exam : trust me, once korang exam clinical, bulu roma korang takkan nek langsung tuk exam theory

EXAM CLINICAL ADALAH EXAM PALING SERAM DI DUNIA!!!!!!!!!!

no comment

hahahahahaahahah

korang raselah dulu. 

then IMPROVE!

contoh, first posting engkorang is surgery, lepas exam surgery korang muhasarawak la diri korang.

aku takleh nebes. nanti aku lupe step. aku kene clerk lebih lagi supaya sejam aku cukop. aku tu aku ni aku takleh tu aku takleh ni

then enxt posting, korang trylah. ada improvement tak

bak kata Dr Maiza, mase aku exam obst, awak takleh guna alasan nebes time exam. awak kena overcome. no matter what.


58) ada masanya akan tetibe rase tak best. aku ni, selama 3 taun clinical, setiap malam exam clinical aku akan persoal diri aku.

nape aku amek medik?

nape aku pilih nak mampos camni?

nape aku menstresskan diri aku sendiri

nape aku kene hadap exam esok

nape nape nape whyyyyy

tapi aku jugak counter

aku dah sampai sini

aku dah lepas first and second pro sebab tu aku sampai sini

Allah dah tolak aku sampai sini. 

tu jela recycle tetiap kali exam ye sampai pro.



100) dah lah aku takde idea. panjang sangat

cumenye, kalau ditakdirkan ade yang sangkut, kena repeat year, kena extend

fikirlah

parents dah tolong doa, adik badik dah tolong doa, atuk dah tolong doa, diri sendiri dah doa, diri sendiri dah usaha (kalau usaha lah), grup waspa dah doakan,

kenapa aku sangkut jugak?

maksudnya, adelah tu Allah nak kasi ujian sikit. Mustahil kan doa ibu bapa kite tak diterime Allah? bagi aku mustahil

tp adelah tu Allah hold doa tu, nak kasi kejayaan tu super manis. teringat je menangis.

jangan anggap kamu gagal. anggap kamu punya kejayaan tu delayed sket.






dalam medik ni, everything seems impossible. 

sampai skang aku bayangkan, aku rase nak nangis. feeling die cam weh aku dah habis. aku dah lepas. wehhhhh!!! 


everything seems impossible, tapi MAN JADDA WAJADA.

jangan give up. jangan skip baca. Jangan spot soklan

aku seorang yang akan baca SEMUA. Sebab tu aku cepat stress. 

aku takleh skip. kalau aku skip some topics, aku akan rasa macam aku akan mati kalau soklan ni keluar. stress aku skip tu LAGI BESAR dari stress aku tak dapat habiskan. paham tak? nak bace habiskan tu dah mustahil. tp kalau aku skip aku lagi stress.

tu cara aku. cara orang lain lain. ada orang baca common case je. tp aku memang tak boleh, sumpah.

bacalah buku. budak2 yang best students tu sume spesis membaca.

yang menyampahnya budak-budak biasa macam aku ni, sehari 1 topic pun payah. tp mase nak exam sehari tu khatam satu buku eh laju lak bangang tol. kalaulah aku bace sehari 1 topic kau bayangkan pandainya aku. hahahahaaha





last but not least, 

aku share sebab aku menyesal. 


tak buat awal


sume last minit. sebab masa awal-awal ni asik rase tak sempat je



tips last sekali, buat nota. sumpah helpful mase year 6.

buat nota. siyes. year 6 ko takde mase. ko bleh bace nota yg kau buat mase y4 and y5 je. 

kalau orang yg takde nota tu memang terpakse fotostat nota member tau. takde masa nak buat sendiri.

aku sangat bersyukur group aku ada big study group. kitorang bincang past year, kitorang bahagi topic. memasing prepare nota utk topic tu. then compile.

study group kecik penting jugak tau. tp cam aku sendiri, ktorang form mase awal year 6.  sebab konfem segrup dah. kalau form study grup kecik mase y4, nnt y5 & y6 tak segrup payah pulak kena carik geng baru


korang paham tak ni? harap paham lah. tak paham maap le. aku tak pandai menulis.

study group aku



korang bleh!















Pengalaman Final Professional Examination 2018 USIM

JAP aku takde idea ni, korang baca ni jelah. Pengalaman final professional exam 2018, usim. aku post kt fesbuk dahhhhh. 

btw aku dapat KES untuk long case : Major Depressive Disorder
Short case : 1) Internal Medicine - cerebellar. 
2) ENT - CSOM
3) Emergency - memula SVT pastu VF so last2 defib

detail tak payah lah.

nak tips pro?

pm tepi. sebab aku bukan budak excellent pon. kahkah. budak bese je tak layak bagi tips. lulus pun bersyukur.



ALLAH AKAN TOLONG. PUT YOUR TRUST ON HIM! HE WILL DEFINITELY HELP YOU.

Bila fikir balik apa yang berlaku masa final exam theory, long case dan short cases, masih tak percaya aku lulus, dan dapat gelaran doktor.

Theory- too packed. Migrain yang muncul setahun sekali, tetibe datang hari-hari. Sampai kena makan NSAID. Panadol dah tak jalan.
Otak ni menyumbat semua posting dalam satu masa. Paediatric, Internal Medicine, Psychiatry, Surgery, Obstetric & Gynaecology, Orthopaedic, ICU, Emergency, Opthalmology, Otorhinolaryngology (tah eja betul ke tidak), Forensic Medicine, semua ni kena baca, kena ulang.
Bukan study last minit. Tidak. Tapi memang kena ulang. Dah baca psy, lupa semula.
Apa yang aku bleh buat last minit, aku guna buku kecik. Dalam tu i wrote every medicine every management for every posting. Dan buku tulah yg aku revise sebelum kene panggil exam pagi tu.
Contoh : SSRI : citalopram, escitalopram.
Antipsychotic drug : blablabla.
How to manage Chronic Kidney Disease : blablabla.
Paediatric aku give up saat akhir. Otak tak boleh terima. Tp pagi tu gagahkan diri. I told myself, azira, at least you read nephrotic syndrome and nepritic. Prof Nik suka tajuk tu. (Terpaksa pilih tajuk sebab takleh masuk sangat sangat dah paed ðŸ˜­)
Alhamdulillah tu yg keluar. Allah helped me ðŸ˜­



Long case :
Benda yang sama. Nak kena baca semula paediatric, medical, surgery, orthopaedic, obstetric, gynaecology, psychiatry, family medicine.
Aku revise psychiatry pagi tu sebelum exam, tu pun buku kecik tu.
And aku dapat kes Major Depressive Disorder. (Kemurungan)
Dan aku masih ingat, aku sangat give up saat akhir. Ade beberapa minit lagi tp masih lagi korek history. Sambil tanya sambil buat physical examinations. Sumpah aku rasa aku gagal. Aku rase nak menangis. Akak staff yang teman aku dalam bilik tu menjadi saksi betapa gelabahnya seorang Nurul Azira saat tu ðŸ˜­
Tapi aku kuatkan semangat. Again i told myself remember your parents, your siblings, semua orang yg doakan kau lulus exam. Kau nak kecewakan diorang ke? Mase tu terbayang doa-doa dalam grup wasap. Ok keep calm just do it.
I won't forget that gelabah moment when i thought i got a wrong department. Rasa macam syaitonirrojim goda saat akhir. Ko salah! Ni bukan psychiatry case! Ni gynaecology case! Ubah cepattttt! Tapi nama pun saat akhir. Nak ubah cane? Redha tawakkal abes dah.
Masuk je bilik examiners, ada gynaecologist, psychiatrist, dan surgeon.
"Just present what you get"
at that time i feel like Ya Allah please bless my examiner for saying that to me😭 terus rasa rilek. Ok calm down.. i can do this..
Lalu presentlah case psychiatry. Memang kes psy pun alhamdulillah. Tp beselah ade lopong sana sini ðŸ˜­ examiners sangat membantu. Alhamdulillah. Allah bagi ilham nak jawab.

Short case-
Moment paling gelabah dalam hidup (setakat ini) jugak. Ape ape bleh keluar. Dalam hati nak doa, tanak paediatric, tanak funduscope, tanak tu tanak ni semua tanak. Tapi dalam hati ni tetap takut. Kang yang kau tak nak tu kau dapat Zir!
Last2 tawakkal. Yakin & prrcaya Allah akan bagi yang terbaik. Allah akan tolong!
Member ajar baca bismillah 19 kali. Aku baca. Abah mama suh selawat aku baca.
Alhamdulillah examiners sangat membantu. Alhamdulillah walaupun aku banyak je blur. Alhamdulillah. Tu je bleh cakap.
Aku dapat kes cerebellar, ear, defibrillation (rase cam drama bile guna defib. I clear, you clear, everyone clear) kehkeh
MUJUR ADE STAFF AMEK GAMBO, ADE KENANGANGG

Sebab dah habis ni, let me reveal something,
Posting terakhir sebelum final professional exam ialah posting Internal Medicine. Aku, menjadi 1 daripada 10 orang pelajar markah TERENDAH!
Bleh bayang perasaan macam mana? Saat akhir jadi pelajar markah terendah? Macam tamo hidup. Malu dengan kengkawan lain.
Tp berkat usaha Dr kami, buat kelas khas untuk kami 10 orang, alhamdulillah 10 orang ni lulus.
Semoga Allah memberkati pensyarah-pensyarah kami, murahkan rezeki mereka, kurniakan kesihatan terbaik untuk mereka.
Terima kasih mama abah along kakak aina. Teima kasih kawan-kawan study group, terima kasih koibito-san, terima kasih lecturers, terima kasih yg sudi doakan.
Percayalah, bukan senang nak senang. Dah pass baru bleh cakap gini. Sumpah everything seems impossible ðŸ˜­ i'm just an ordinary student.. bidang apa pun kite buat, kerja apa pun, MAN JADDA WAJADA. Ingat tu!
Dan kalau korang nak tau, Allah bagi kes yg terbaik untuk kami. Bile kite dengar kes member, terus rase mati katak. Bile orang dengar kes kite, they said the same thing. "Mati aku kalau dapat kes kau!"
Then aku pn cakap "aku pun mati kalau dapat kes kau"
Baca balik caption kat atas ðŸ˜„💕🌻
Beruntunglah kita ada Allah🌻
Btw dah share album masa exam, leh tengok. Kat wall. FPSK usim yg post. Camtuler hari exam. Seramshit
Designed by Animart Powered by Blogger