Saturday, July 11, 2015

Test JPJ format baru. Nak lulus tak ? nak lulus tak?

Assalamualaikum




aku baru je lulus test jpj aritu. (minggu lepas). Umur dah tua baru nak amek lesen. hahahaha




kalau yang dah lama amek, or yang baru nak amek, sekarang dah tukar format dah . tapi aku amek yang manual lah. Takde keje amek auto




btw masa aku daftar dulu, still pakai tiang. tapi sebab aku tak banyak cuti, lama-lama brtukar format



tukar cemane tu??



1) parking & tiga penjuru dia takde tiang. Bukan cam dulu, kira tiang, jalan, undur. inda ! Dia pakai divider je. hitam putih. Gambar ilang lah. Dulu aku amek gambar


KELEBIHAN : Lebih practical. Memang kau parking macam parking betul-betul. Kau faham lah konsep parking tu hahaha.  practical la nak banding kira tiang tp tak faham pape.. haha... aku cakap camni sebab aku dh cuba dua-dua. Tiang dah, divider dah



2) dia tambah RPK dan RSM. Rutin pemeriksaan kenderaan. Aku selalu tersasul rutin pemeriksaan kesihatan. hahaha. RSM tu rutin sebelum memandu

KELEBIHAN : taulah sikit-sikit komponen enjin. 




3) dia tambah s cross and z cross



KEKURANGAN : bayar mahal kalau kandas. Ada tempat RM 180, RM 210, RM 250. ikutlah kejujuran sekolah memandu tu. Mahal gila kan? dulu murah je




pengalaman aku masa tu, Encik JPJ tu baik sangat. Sebab aku test masa ramadhan. Memang baik gile.

Kat jalan raya pun baik. Baik tu maksudnya, aku ni jenis kalau drive kena bercakap. Kalau senyap je aku terbabas. Terlepas jalan. Haha. sebab macam khayal gitu


Maka masa hari test, aku dapat jpj yang jenis bercakap. Dia serius tapi dia bercakap. Topik doktor, topik kahwin masa belajar. Hahaha . Dia start lepas tau aku medical student, aku layan jelah


Jadi memang bersyukur gile lah



Kat sini aku nak promote cikgu aku, cikgu lutfi dan ayahnya cikdin.  diorang ajar memang sampai pandai. Bayangkan aku belajar dekat 2 tahun sebab takde cuti punya pasal. cikgu steady je . Dia tak pernah marah student. Dia pesan, kalau aku marah mung, mung marah aku balik. Kabo aku nok drive nih. mung diang


Siapa yang tinggal kat Kuantan, Batu Hitam,  Beserah, Pelindung, Balok yang ada kenalan nak amek lesen, motor or kereta, contact lah aku, yang nak dengan cikgu lutfi nilah.. inshaAllah terbaekkkk



TIPS :
1) Toksah nervous lah. Mung pk mung nok bawok keta untuk dapat lesen je ke? Dok kan. Niat betul-betul. Nak belajar memandu! Nak drive suatu hari nanti. InshaAllah boleh

2) jangan takut dengan JPJ tu. Masa aku test tu, hari Jumaat. Lepas solat Jumaat. Jadi bertuahlah sebab dapat tengok diorang pakai kain pelikat,kopiah, sebelum dorang tukar uniform. Hahaha.. Terus set, diorang ni pakcik-pakcik masjid je..jangan takut..

3) yang nak amek L tu, baca buku. Taknak baca pun takpe. Buat soalan. Sama je pun soalannya

4) mati enjin atas litar takpe. aku masa parking mati lebih 5 kali. Aku geram betul. Masa latihan tak pernah mati. Aku latihan bawak kancil, tapi masa test terrrdapat viva. Baru. angkat clutch sama je macam angkat bawak kancil, tapi mati. HHAHAHAHAHAHAHAHA


5) anda mungkin bernasib malang ketika test, tapi yakin dan bertawakkal lah kepada Allah. Aku biasa bawak kancil/ kelisa. Tetibe time litar, nak naik bukit, dapat viva. Tak sempat rebut kancil. Lainlah feel dia. Viva aku kena jenguk sket. Tak nampak . Viva baru pulak tu. Ringan dia lain macam. Berasap bukit tu masa tekan minyak sekuat hati. Haha. Kalau kancil tak pun

Pastu masa parking pun aku gagal dapat kancil. Terpaksa naik viva. Kan lain kepanjangan dia. Beza 4 inci cikgu kate. Tapi ni test kot. lagi satu kat z cross memang risau gile la sebab viva tu besa sket dr kancil. tp alhamdulillah lepas dah.

Masa jalan raya bawak axia. Tu best sebab kete baru HAHAHAHAHA

6 ) tempat aku z cross boleh berhenti, boleh undur. Naik divider baru fail. Tempat orang lain tak tau lah

7) Ikut je apa cikgu ajar. Jangan berlagak pandai. Cikgu tu ajar memandu je, tapi keberkatan ada kat dia. Ingat keberkatan ada kat mak ayah, cikgu sekolah, lecturers, dekan je ke?





sekian hahahahaha





test jpj format baru ujian jpj format baru lesen jpj format baru tips jpj tips lesen jpj 



7 comments:

nak tiru gak ah. sape first komen dy tak matang :P

Designed by Animart Powered by Blogger